Saturday, February 13, 2016

Surah 19 (11~20)

Maryam, dari ayat 11~20;


11. Lalu ia keluar pergi kepada kaum nya dari tempat sembahayang nya, maka ia isyaratkan kepada mereka; “hendaklah kamu sucikan (Tuhan) diwaktu pagi dan petang”.

12. “Hai Yahya ! peganglah kitab itu dengan sungguh-sungguh”. Dan kami berikan kepadanya hukum selagi ia kanak-kanak.

13. Dan kami beri kepadanya rahmat dari sisi kami, dan kesucian, dan adalah ia seorang yang berbakti !.  

14. Dan adalah ia taat kepada ibu bapanya dan tidaklah ia sombong, tidak derhaka.

15. Dan keselamatan bercucur atasnya pada hari ia dizahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia akan dibangkitkan dengan keadaan hidup.

16. Dan ingatlah Mariam yang tersebut dalam kitab,  ketika ia berjauh diri dari keluarganya kesatu tempat sebelah timur.

17. Iaitu ia adakan satu perlindungan diantaranya dengan mereka, maka kami kirim kepadanya ruh dari kami, lalu ia menjelma dihadapan nya sebagai seorang manusia betul-betul.

18. Ia berkata; “sesungguhnya aku berlindung diri kepada Tuhan pemurah daripada mu, jika adalah engkau seorang berbakti”.

19. Ia berkata; “aku ini tidak lain, melainkan  urusan Tuhan mu, untuk memberi kepada mu seorang anak yang suci”.

20. Ia berkata; “bagaimanakah aku boleh mempunyai anak, pada hal belum pernah seorang pun menyentuh akan daku dan belum pernah aku menjalang ?”.
.
.
.

Following G+,
[] https://plus.google.com/100446126578125899343/posts/9tFmxsQzaHg






..